Sunday, 12 January 2014

Prog. Taaruf & Ukhuwwah

Bismillah.
Assalamualaikum dan salam 2014.

Antara program yang terdekat yang telah dianjurkan oleh MPP adalah Program Taaruf dan Ukhuwah yang lebih dikenali sebagai orientasi bagi adik-adik tingkatan satu 2014 dan segelintir pelajar baru. Program tersebut telah diadakan pada:

Tarikh/hari: 27 - 30 Disember 2013 / Sabtu hingga Isnin
Bertempat di: sekolah al-islah

Antara matlamat dan tujuan program ini diadakan adalah untuk:
1) mengeratkan hubungan antara pelajar lama dan baharu.
2) memperkenalkan dan melahirkan pelajar yang dapat mengamalkan budaya SMAI.
3) melahirkan pelajar-pelajar yang dapat mewujudkan ikatan ukhuwwah dengan pada murabbi.

Alhamdulillah sepanjang program dijalankan para peserta memberi komitmen dan kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan program. Moga adik-adik terus menerus memberi kerjasama kepada kejayaan sekolah dan seterusnya menjadi pelapis pada masa akan datang. Islah no.1!




 









Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar.
Mua'athirah. Prihatin. Proaktif.


0 comments: