Saturday, 25 August 2012

Perutusan AidilFitri & Percubaan SPM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, thummalhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi ruang untuk menulis di ruangan ini.

Bersempena dengan Hari Kemenangan semua Muslimin dan Muslimat, pihak MPP SMAI juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. dan, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada Murabbi/ah dan Pelajar SMAI. Sememangnya, kami merupakan badan yang menggerakkan sekolah banyak terlepas pandang dalam hal-hal tertentu.

Kadang-kadang, perkataan maaf itu terlalu murah pada hari raya, tetapi, akan menjadi sangat mahal dan bernilai andai datang dari lubuk hati dan ikhlas ingin memohon maaf. Doakan kami diberi kemudahan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan MPP SMAI 12/13.


Mari kita sama-sama doakan untuk abang-abang dan kakak-kakak senior yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula pada 15/08 (Rabu lepas). Semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang diajarkan oleh Murabbi/ah. 



Wasalam.

Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

0 comments: