Assalamualaikum
Alhamdulillah pada 6 Februari (khamis) yang lepas telah berlangsung hari kemuncak temasya sukan tahunan SMAI pada tahun 2014 yang diadakan di Stadium Kompleks Kepala Batas.
Setelah lebih kurang 7 minggu berturut-turut telah dijalankan pertandingan demi pertandingan di antara 4 rumah, iaitu khaibar (biru), uhud (merah), khandaq (hijau) dan badar (kuning) dan dengan berkat usaha dan penat lelah guru-guru serta kerjasama yang diberikan oleh pelajar, alhamdulillah sukan tahunan SMAI dengan jayanya telah berakhir.
Walaupun masa yang diberikan kepada para pelajar dan guru untuk menyiapkan persiapan untuk hari kemuncak adalah singkat, namun mereka menggunakan dengan sebaiknya dan hasilnya sangat membanggakan. Berikut adalah gambar pada hari kemuncak:
RUMAH KHANDAQ
RUMAH BADAR
RUMAH KHAIBAR
bacaan ikrar dari ketua pelajar, Muhammad Suhail
bacaan doa dari ketua BADAR, Ahmad Zayyani
Dengan jumlah markah terkumpul yang tertinggi maka JOHAN KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN SMAI jatuh kepada rumah KHAIBAR (BIRU)
Johan keseluruhan : rumah khaibar (biru)
Naib johan : rumah uhud (merah)
Tempat ketiga : rumah khandaq (hijau)
Tempat keempat : rumah badar (kuning)
dan juga
Rumah Sukantara Terbaik : rumah Uhud
Rumah Perbarisan Terbaik: rumah Khandaq
Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.



































0 comments:
Post a Comment