Assalammualaikum buat semua pembaca dan penyokong setia blog ini, moga harimu dipenuhi dengan barakah Allah, aamiin.
Jadi, buat kali pertama kalinya SMAI telah mengadakan program qiam perdana pada 16-17 Jan 2014 yang bertempat di PPAI. Program berlangsung dari pukul 4 p.m (khamis) sehingga 10.30a.m (jumaat). Semua pelajar Smai WAJIB untuk hadir ke qiam ini. Kami didedahkan dengan amalan-amalan sunnah iaitu seluruh pelajar digalakkan berpuasa sunat pada hari khamis tersebut. Dan berbuka puasa secara berjemaah menggunakan talam di dalam dewan al-Banna. Mungkin ini kali pertama juga bagi sebilangan tingkatan 1 dan pelajar baru merasai pengalaman makan menggunakan talam. Welcome to Islah, brothers and sisters. bukan nama pelajar islah la kalau tak pernah makan dalam talam.
Antara objektif prog ini:
- Menepati waktu yang ditetapkan
- 100% melaksanakan solat sunat sebelum & selepas yang muakad
- 100% bangun bertahajud
- 100% mengikuti hadir program pengisian
sedikit taklimat oleh Muallim Husaini
berbuka puasa berjemaah
bacaan mathurat kubra
pengisian oleh Ust. Abd Rahim Ramli
selepas selesai solat isya' berjemaah
aktiviti krs di sebelah pagi
Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar.
Mua'athirah. Prihatin. Proaktif.