Friday, 27 June 2014

Pertandingan Sukan HESA 2014

Assalamualaikum dan salam 1 islah


Alhamdulillah!

Pasukan Islah menjadi johan untuk Pertandingan Bola Sepak HESA 2014 zon selatan.





Seterusnya ialah peringkat negeri yang akan diadakan pada 15 Mac di Stadium Mini Keladi. Sekolah Al-Islah telah menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring untuk bertanding.
Alhamdulillah kedua-duanya telah mendapat tempat ke-3.

















Terima kasih diucapkan kepada para muallim dan muallimah yang bersungguh-sungguh melatih kami dan terima kasih atas segala sokongan dan doa dari semua pihak.

Tahniah! Islah no.1!



Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

MasjidTHON


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

alhamdulillah pada 12 April yang lepas, kelab badan dakwah dan rohani (BADAR) sekolah telah menganjurkan satu program masjid-thon yang melibatkan para naqib dan naqibah dalam aktiviti gotong royong membersihkan 2 buah masjid di sekitar Sg. Petani iaitu Masjid Abdurrahman dan Masjib Padang Temusu.

Pada masa yang sama, program ini sedikit sebanyak telah mengajar dan mendidik para naqib/ah untuk bersosial dengan masyarakat setempat. kerana dakwah tersebar bukan sahaja melalui lisan tetapi yang paling berkesan dengan tunjuk akhlak yang soleh.

qudwah qabla dakwah 
menjadi teladan sebelum berdakwah.




 Masjid Abdurrahman










ucapan dari pengerusi masjid setelah selesai gotong royong




 


Masjid Padang Temusu









alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar :)

Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Sunday, 8 June 2014

Temasya Sukan SMAI 2014


Assalamualaikum

Alhamdulillah pada  6 Februari (khamis) yang lepas telah berlangsung hari kemuncak temasya sukan tahunan SMAI pada tahun 2014 yang diadakan di Stadium Kompleks Kepala Batas.
Setelah lebih kurang 7 minggu berturut-turut telah dijalankan pertandingan demi pertandingan di antara 4 rumah, iaitu khaibar (biru), uhud (merah), khandaq (hijau) dan badar (kuning) dan dengan berkat usaha dan penat lelah guru-guru serta kerjasama yang diberikan oleh pelajar, alhamdulillah sukan tahunan SMAI dengan jayanya telah berakhir.

Walaupun masa yang diberikan kepada para pelajar dan guru untuk menyiapkan persiapan untuk hari kemuncak adalah singkat, namun mereka menggunakan dengan sebaiknya dan hasilnya sangat membanggakan. Berikut adalah gambar pada hari kemuncak:




RUMAH KHANDAQ

















RUMAH BADAR




















RUMAH KHAIBAR
























RUMAH UHUD





















 bacaan ikrar dari ketua pelajar, Muhammad Suhail


bacaan doa dari ketua BADAR, Ahmad Zayyani





Dengan jumlah markah terkumpul yang tertinggi maka JOHAN KESELURUHAN SUKAN TAHUNAN SMAI jatuh kepada rumah KHAIBAR (BIRU) 

Johan keseluruhan : rumah khaibar (biru)
Naib johan            : rumah uhud (merah)
Tempat ketiga        : rumah khandaq (hijau)
Tempat keempat   : rumah badar (kuning)

dan juga 

Rumah Sukantara Terbaik : rumah Uhud
Rumah Perbarisan Terbaik: rumah Khandaq














Alhamdulillah tamat sudah temasya Sukan SMAI bagi tahun 2014 ini. Semoga ahdaf yang digariskan berjaya untuk dicapai walaupun sedikit. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang membantu secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan temasya gilang-gemilang ini.




Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.