Tuesday, 28 February 2012

UJIAN PRESTASI 1 SMAI

UJIAN PRESTASI 1

4 MAC - 7 MAC 2012
AHAD - RABU

"MAN JADDA WA JADA,WA MAN ZARA'A HASHADA"


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4
Ingat UP 1 ini akan menjadi penentu kepada antum/antunna untuk ke kelas pada sesi 2012


ayuh sama-sama kita berusaha dan bertawakkal
ingatlah
usaha + tawakkal + doa = kejayaan di dunia dan akhirat.

disinilah medan untuk kalian berjihad
Islahians Fighting!!!

Tuesday, 21 February 2012

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL DAN LANS KOPERAL 2012

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,


Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak KRSM SMAI akan menganjurkan Kursus Kenaikan Pangkat Koperal Dan Lans Koperal bagi sesi 2012.Berikut adalah antara objektif utama kursus kenaikan pangkat koperal & lans koperal :

  1. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan markah tambahan dalam ko-kurikulum
  2. Membina jati diri dan keperibadian pelajar
  3. Membantu para peserta mengasah bakat dan potensi dalam kemahiran KRSM
  4. Merapatkan ukhuwwah antara pelajar
  5. Menyediakan pelajar-pelajar yang berpotensi untk menyertai Ujian Kenaikan Pangkat diperingkat kebangsaan.
Butiran mengenai Kursus ini adalah seperti berikut :

    • Tarikh : 23-25 Februari 2012
    • Masa  : 3.30 ptg (Khamis) - 11.30 pagi (Sabtu)
    • Yuran Peserta : RM 15 (sila bayar kepada bendahari KRSM)
    • Tempat  : Pusat Pendidikan Al-Islah.
    • Anggaran Peserta : 72 orang (syabab dan fatayat)

MINGGU MAULIDUR RASUL SMAI 2012

Insyallah demi menyahut dan mengimarahkan lagi sambutan maulidur rasul yg telah berlangsung,pihak MPP SMAI dengan kerjasama dari badan-badan kepimpinan sekolah akan mengadakan minggu Maulidur Rasul yang bertemakan "Rasulullah Qudwatuna".
Beberapa aktiviti yang akan berlangsung adalah seperti berikut :

  1. Pertandingan Crossword "JOM KENALI RASULULLAH"
  2. Pertandingan Poster
  3. Selawat sepanjang hari persekolahan
  4. Tazkirah "Shamail Rasulullah"

Sambutan ini akan berlangsung selama satu minggu iaitu mulai 19 Feb 2012 - 23 Feb 2012.Diharapkan semua pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Ingatlah setiap kali kita mendekatkan diri kepada Sunnah Rasulullah,nescaya ada ganjarannya di sana nanti.

Selamat Beramal!




Sekian tinta
MPP SMAI 2012
Muathirah,proaktif,praktikal

Ahlan Wasahlan

Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah thummalhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk melaksanakan satu lagi amal kebajikan sementara masih diberi kesempatan yang tidak ternilai ini.Secara ringkasnya,penubuhan blog MPP ini adalah untuk memudahkan para pelajar mengetahui isu-isu dan info terkini tentang aktiviti yang akan dijalankan.Semua maklumat mengenai aktiviti sama ada anjuran BKP,BADAR,KRSM,BPS dan lain-lain yang akan dijalankan disekolah akan dimuatkan dalam blog MPP ini dari masa ke masa.

Semoga dengan wujudnya blog ini mampu memberi kemudahan kepada semua pihak..Insyaallah



Sekian dari
MPP SMAI 2012
Muathirah,proaktif,praktikal