Saturday, 25 August 2012

Perutusan AidilFitri & Percubaan SPM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, thummalhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi ruang untuk menulis di ruangan ini.

Bersempena dengan Hari Kemenangan semua Muslimin dan Muslimat, pihak MPP SMAI juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. dan, kami ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya kepada Murabbi/ah dan Pelajar SMAI. Sememangnya, kami merupakan badan yang menggerakkan sekolah banyak terlepas pandang dalam hal-hal tertentu.

Kadang-kadang, perkataan maaf itu terlalu murah pada hari raya, tetapi, akan menjadi sangat mahal dan bernilai andai datang dari lubuk hati dan ikhlas ingin memohon maaf. Doakan kami diberi kemudahan oleh Allah untuk meneruskan perjuangan MPP SMAI 12/13.


Mari kita sama-sama doakan untuk abang-abang dan kakak-kakak senior yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula pada 15/08 (Rabu lepas). Semoga Allah memberi kemudahan kepada mereka untuk mempraktikkan apa yang diajarkan oleh Murabbi/ah. 



Wasalam.

Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Friday, 27 July 2012

Mabrouk! Selamat Bertugas AMT MPP 12/13!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar SMAI yang baru untuk sesi 2012/2013. Dan, tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AMT MPP 2011/2012 yang bertungkus lumus mencapai misi dan visi perjuangan MPP sebelum ini. Semoga usaha antum/antuna diganjari Allah SWT. Sama-sama kita doakan agar kepimpinan baru ini boleh meneruskan kesinambungan senior-senior mereka. amiin. berikut adalah kepimpinan baru. 

Ketua Umum 
Zhilal bin Adnan

Timb. Ketua Umum I
*masih dalam proses perlantikan

Timb. Ketua Umum II
Nur Amirah Bt Hazalan Haffiz

Setiausaha Agung
Siti Nuraishah bt Ariffin

Bendahari 
Nur Haziqah Bt Azmi


EXCO-EXCO

Exco Badan Kepimpinan Pengawas (BKP)
Mohamad Amin bin Norrizam

Exco Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Syu'aib bin Jauhar

Exco Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Anis Rufaida bt Hj Rosli

Exco Badan Pustakawan Sekolah (BPS)
Muhammad Nazirul Mubin B. Mohd Ramzi

Exco Media & Publisiti
Muhd Shakir B Jamaluddin
Nur Fatimah Zahrah bt Zamri

Exco Aduan & Kebajikan Pelajar
Puteri Nur Suraya bt Zainal Abidin

Exco Kokurikulum
Usamah b Amir Nur Rashid


Doakan agar mereka boleh membawa perubahan yang lebih baik kepada sekolah seterusnya kepada agama dan negara. Amiin.

Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Sunday, 15 April 2012

SUKAN HESA 2012

 Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan kekuasaannya kita dipermudahkan segala urusan ketika berjuang dalam Sukan HESA 2012 pada 14 April baru-baru ini.

Berikut adalah keputusan bagi perlawanan yang disertai oleh SMAI :

BOLA SEPAK

Naib Johan
dan memperoleh

Pingat Perak


BOLA JARING

Naib Johan

dan memperoleh

Pingat Perak


Tahniah kepada semua pemain dan guru yang telah byk berkorban.semoga tahun depan kita dapat merebut kembali kejuaraan dalam kedua-dua perlawanan,Insyaallah~
Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Tuesday, 20 March 2012

Gambar-Gambar Sepanjang Kursus Kenaikan Pangkat KRSM

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL DAN LANS KOPERAL 2012









KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN,STAF SARJAN DAN LEFTENAN MUDA KRSM

Pada 11 - 15 Mac yang lalu,seramai 28 orang Koperal dan 12 orang Sarjan beserta dengan 4 orang Guru telah dipilih untuk menyertai Kursus ini bertempat di Amir Chalet,Setiawan dan Pulau Pangkor.Dengan kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan,kesemua mereka telah berjaya ditauliah pangkat Sarjan,Staf Sarjan dan Leftenan Muda.
Mari kita biarkan gambar yang menceritakan pengalaman mereka ~















 Selamat menjalankan tugas!!


Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Pertandingan Poster Anjuran KSM

 Salam.
Sempena Bulan Sains dan Matematik pada bulan ini, Persatuan Sains dan Matematik telah menganjurkan Pertandingan Poster peringkat sekolah. Jadi, apa tunggu lagi?! 
Marilah sama-sama kita join!

Syarat Pertandingan:
  1. Poster mestilah bergambar atau berajah yang berlabel dan bermaklumat
  2. Berwarna-warni
  3. Font yang besar dan bersesuaian
  4. Poster hendaklah dibuat di atas Mounting Board (akan dibekalkan)
# Sila rujuk Mlmh Manisah atau Mlmh Nor Asikin jika berminat!

Tajuk Poster :
  • Otak Manusia
  • Endocrine Glands
  • Telinga
  • Kitar Nitrogen
  • Kitar Karbon
  • Neuron
  • Distillation
  • Self Polination
  • Cross Polination

 Hadiah Lumayan disediakan! Rebutlah peluang kemutiaraan ini!

Sekian. Majlis Perwakilan Pelajar. Mua'athirah.Prihatin.Proaktif.

Tuesday, 28 February 2012

UJIAN PRESTASI 1 SMAI

UJIAN PRESTASI 1

4 MAC - 7 MAC 2012
AHAD - RABU

"MAN JADDA WA JADA,WA MAN ZARA'A HASHADA"


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1,2 DAN 4
Ingat UP 1 ini akan menjadi penentu kepada antum/antunna untuk ke kelas pada sesi 2012


ayuh sama-sama kita berusaha dan bertawakkal
ingatlah
usaha + tawakkal + doa = kejayaan di dunia dan akhirat.

disinilah medan untuk kalian berjihad
Islahians Fighting!!!

Tuesday, 21 February 2012

KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL DAN LANS KOPERAL 2012

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,


Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak KRSM SMAI akan menganjurkan Kursus Kenaikan Pangkat Koperal Dan Lans Koperal bagi sesi 2012.Berikut adalah antara objektif utama kursus kenaikan pangkat koperal & lans koperal :

  1. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan markah tambahan dalam ko-kurikulum
  2. Membina jati diri dan keperibadian pelajar
  3. Membantu para peserta mengasah bakat dan potensi dalam kemahiran KRSM
  4. Merapatkan ukhuwwah antara pelajar
  5. Menyediakan pelajar-pelajar yang berpotensi untk menyertai Ujian Kenaikan Pangkat diperingkat kebangsaan.
Butiran mengenai Kursus ini adalah seperti berikut :

    • Tarikh : 23-25 Februari 2012
    • Masa  : 3.30 ptg (Khamis) - 11.30 pagi (Sabtu)
    • Yuran Peserta : RM 15 (sila bayar kepada bendahari KRSM)
    • Tempat  : Pusat Pendidikan Al-Islah.
    • Anggaran Peserta : 72 orang (syabab dan fatayat)

MINGGU MAULIDUR RASUL SMAI 2012

Insyallah demi menyahut dan mengimarahkan lagi sambutan maulidur rasul yg telah berlangsung,pihak MPP SMAI dengan kerjasama dari badan-badan kepimpinan sekolah akan mengadakan minggu Maulidur Rasul yang bertemakan "Rasulullah Qudwatuna".
Beberapa aktiviti yang akan berlangsung adalah seperti berikut :

  1. Pertandingan Crossword "JOM KENALI RASULULLAH"
  2. Pertandingan Poster
  3. Selawat sepanjang hari persekolahan
  4. Tazkirah "Shamail Rasulullah"

Sambutan ini akan berlangsung selama satu minggu iaitu mulai 19 Feb 2012 - 23 Feb 2012.Diharapkan semua pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Ingatlah setiap kali kita mendekatkan diri kepada Sunnah Rasulullah,nescaya ada ganjarannya di sana nanti.

Selamat Beramal!




Sekian tinta
MPP SMAI 2012
Muathirah,proaktif,praktikal

Ahlan Wasahlan

Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah thummalhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah kerana diberi peluang untuk melaksanakan satu lagi amal kebajikan sementara masih diberi kesempatan yang tidak ternilai ini.Secara ringkasnya,penubuhan blog MPP ini adalah untuk memudahkan para pelajar mengetahui isu-isu dan info terkini tentang aktiviti yang akan dijalankan.Semua maklumat mengenai aktiviti sama ada anjuran BKP,BADAR,KRSM,BPS dan lain-lain yang akan dijalankan disekolah akan dimuatkan dalam blog MPP ini dari masa ke masa.

Semoga dengan wujudnya blog ini mampu memberi kemudahan kepada semua pihak..Insyaallah



Sekian dari
MPP SMAI 2012
Muathirah,proaktif,praktikal